Tuesday, June 23, 2009

Kenangan BeRsaMa BEE '06-09


Sedar tak sedar dah 2 bulan berlalu aku tamat pengajianku...aku rindu suasana kesibukan di kampus.....banyak kenangan yang dilalui bersama antaranya.......Altera up1 line tracking robot competition, lawatan ke putrajaya, n9, terengganu, penang, kem kembara siswi '08 sg sedim, Gegar U Penang, Malam Pra Graduan BEE 06-09 etc....Semua kenangan, suka duka terpahat di hatiku.....

BerGelaR CiKGu.....

Tanggal 5 Mei 09...aku bergelar seorang cikgu di SMK Sultan Alauddin, (F) Bukit Besar. Banyak cabaran yang aku lalui maklumlah aku bukan budak edu....antara subjek yang aku ajar ialah kimia, mate & sains....tough beb! semua subjek ni memaksa aku untuk kembali belajar subjek2 yang telah lama aku tinggalkan...Alhamdullilah...segalanya dipermudahkan olehNya......































Monday, June 22, 2009

Hoki oH HoKI


Sukan kegemaranku...dah lama aku x main hoki ni...last aku main time wakil kolej kediamanku (bidang terjun)....johan beb tak sangka tp org lain yg terror aku biasa2 j...posisi aku ttp wing kiri dari wakil sek, daerah mahupun kolej....tp pancit gak dah lama x main kat padang besar ni.....best beb main hoki ni nampak mcm kuat j.....mmg aku ingat kenangan time main hoki especially kat STARP kulai n SMKG......sentiasa terpahat di memoriku.....hoki..... my fav sport.....S. Kuhan my fav player.......

JeJaLan PanTai TiMuR



Pd cuti sekolah yg lepas(31/5-6/6), aku, c'da & k.nor g jln2 di pantai timur.....bestnyerrr dapat jalan2 ni release segala stress n prob jap....banyak tempat yang kami g...firstly round ganu antaranya pasar payang, kubang badak, pantai batu buruk, air gelas besar, taman tamadun islam, masjid kristal, MRSM KT (tpt c'da belajo)......then kami round ktan lak....kami g wakaf che yeh, kg pantai damat (kg c'da kat bachok), pantai irama, machang (nita kawin), kedai lalat (azliza kawin) etc.....kenangan bersama x dpt dilupakan...bukan senang nk cuti sama2 ni...mmg bestlah jln ngan korang ni...thank you very much......

Setelah 26 TahuN......


Tanggal 10 April genaplah usiaku 26 thn...banyak liku-liku kehidupan yang telah aku lalui...kadangkala aku tidak mampu mengharunginya. Tapi, aku percaya Tuhan hanya menurunkan dugaan bagi yang mampu menghadapinya sahaja. Aku percaya ada hikmah di setiap kejadian. Aku bersyukur ahli keluargaku, rakan-rakanku dan orang-orang di sekelilingku sentiasa memberiku kekuatan dan inspirasi untuk aku terus berjaya di dunia dan di akhirat.....

Tanggal 1 November '09

Sewaktu peperiksaan semester akhirku, satu dugaan yang berat telah menimpaku tanpa pesan....ayahku telah kembali ke rahmatullah.....Namun aku bersyukur ayahku telah pergi dengan tenang. Walaupun ayahku pergi tanpa sempat melihatku menggengam segulung ijazah dan bergelar seorang pendidik. Tapi aku tahu ayahku sentiasa disisiku walaupun dia jauh di nun sana....jasamu tidak terbalas olehku hanya Allah yang dapat membalasnya...terima kasih ayah! Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yang beriman...Al-fatihah....Wahai sekalian umat Muhammad hargailah seorang insan bergelar ayah......

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum.......

Sukran jazilan......terima kasih kerana sudi melayari blog saya....di sini saya ingin berkongsi apa yang saya rasa, alami....i really appreciate it.....any things to share just email me at farina104@yahoo.com