Wednesday, November 4, 2009

Luahan Hati Bintang Kejora....

November '09

Kenapa??? Kenapa dirimu pergi tanpa pesan? Kenapa berakhirnya dengan kebisuan bukannya tanda noktah? Adakah dirimu takut bintang kejora ni takkan dapat terima kenyataan walaupun ianya pahit untuk ditelan? Nampaknya dirimu belum mengenali bintang kejora 100%. Bintang kejora yang dikau kenal sebenarnya boleh menerima apa sahaja pengakhiran walaupun ianya mengundang kepahitan, kedukaan. Kerna cinta pertama bintang kejora berakhir dengan penuh penghormatan pergi dirinya menyahut panggilan Ilahi. Dikau adalah cinta kedua bagi bintang kejora. Adakah bintang kejora akan menemui cinta ketiga atau cintanya telah pergi bersama perginya cinta pertama? Adakah masih ada cinta buat bintang kejora selepas ini? Tuhan bantulah hamba-Mu. Bintang kejora yang dikau kenal telah tahan, mampu menerima semuanya dengan hati yang tabah kerana bintang kejora sedar semuanya datang dari-Nya. Jika hamba-Nya tidak mampu memikulnya nescaya Allah tidak menurunkan ke atas hamba-Nya. Semuanya adalah ketentuan-Nya. Memang jodoh di tangan tuhan tapi sebagai umatNya kita harus berusaha dan sentiasa berdoa. Percaya pada diri.... Setiap manusia dilahirkan berpasangan, pasangan yang tercipta InsyaAllah adalah yang terbaik untuk kita. Jika kita baik, nescaya kita akan dapat pasangan yang sepadan dengan kita. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bukan bermaksud dikau tidak baik tapi takdir menentukan dikau bukan milik hati bintang kejora. Teman, bintang kejora yang dikau pernah kenal telah sebati jiwanya dengan kesepian...kekecewaan. Berilah apa sahaja, InsyaAllah bintang kejora mampu menerimanya dengan setulus hati. Janganlah dikau takut untuk berterus-terang dan menyembunyi segalanya. Memanglah masa akan menghilangkan dikau dari hidup bintang kejora(Adakah ini mahumu?) tapi apalah salah kiranya dikau pergi dengan kata-kata pengakhiran bukannya kebisuan. Jangan biarkan bintang kejora menganggap cinta dikau satu penyesalan. Usah di ratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana jodoh bukan di tangan manusia. Atas limpahan kasih-Nya jua, kau dan dia di temukan dan atas ketentuan-Nya juga kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.....Perlukah perhubungan selama 8 tahun berakhir begini??? Hampa hatiku......Tuhan bantulah hamba-Mu ini untuk bangkit...berilah petunjuk kepada jalan yang Dikau redhai....

Nukilan Hati,
~ Bintang Kejora ~
AnilzaIhDar '09 11.30pm

Lamanya keyboardku x berbunyi......

uhh...lm sungguh x update blog ni...sorry bz skit ngan ngajar...i'm new so it's many thing i need to study and to make its better than before....banyak sungguh yg berlaku akhir-akhir ni...tp aku bersyukur dengan rezeki yang di berikan...akhirnya cita2 bergelar pendidik terlaksana....i'm try from bottom of my heart to fulfill all my dreams day by day....all the best baby!!!